Friday, April 27, 2012


Wilayah
Dinasti Qin mewarisi wilayah Dinasti Zhou sebelumnya ditambah dengan pengembangan wilayah ke wilayah selatan sampai ke tepi Laut China Selatan. Pada zaman ini, wilayah selatan China untuk pertama kalinya dimasukkan sebagai wilayah China.
Dinasti Qin melaksanakan pembahagian wilayah daerah terpusat, yang berbeza dari Dinasti Zhou yang menerapkan sistem feudalisme. Dinasti Qin membahagikan wilayahnya ke dalam 36 daerah pentadbiran (wilayah) yang kemudian dibahagikan lagi menjadi daerah yang lebih kecil. Pada penghujung Dinasti Qin, pemerintah daerah bertambah sehingga 46 wilayah.




Sosial dan Budaya
Sosial
Dinasti Qin pertama kali mencipta polisi pencatatan rumah tangga di China. Setiap rumah tangga tidak dibenarkan 2 orang lelaki untuk mempunyai kemampuan bekerja. Anak yang telah dewasa diwajibkan untuk membentuk rumah tangga baru yang berasingan.
Pada masa ini pula, kerajaan Qin melakukan transmigrasi secara besar-besaran dari daerah padat ke daerah-daerah tidak berpenghuni yang baru ditakluk. Hal ini demikian adalah untuk menyokong pembangunan di wilayah-wilayah yang masih belum tersentuh oleh pembangunan. Selain transmigrasi oleh negara, seseorang tidak dibenarkan berpindah-pindah sesuka hati mereka tanpa kebenaran kerajaan.

Budaya

Pada akhir Zaman Negara-negara Berperang, sejarahwan umumnya beranggapan bahawa kebudayaan negara Qin masih lagi mundur dibandingkan dengan negara-negara lain di persisiran. Setelah menyatukan negara China, Qin Shihuang lalu melakukan beberapa reformasi seperti penyatuan aksara menggunakan karakter Xiaozhuan (小篆) yang dikisahkan oleh Li Si.

No comments:

Post a Comment