Dinasti Qin
Dinasti
Qin menunjukkan pemulaan empayar China. Tempoh dari Dinasti Qin sehingga
keakhiran Dinasti Qing adalah dikenali sabagai empayar China. Walaupun
pemerintahan Maharaja Qin hanya dua belas tahun, namun baginda dapat menaklukan
banyak kawasan yang kemudian menjadi teras tanah air bangsa Han dan menyatukan
penduduk-penduduk di kawasan tersebut di bawah sebuah kerajaan ultrakeundangan
terpusat yang ketat yang berpusat di Xianyang. Doktrin ultrakeundangan memandu
pemerintahan Qin menegaskan pematuhan yang tegas kepada sebuah kod
undang-undang serta kuasa mutlak maharaja. Falsafah ini amat berkesan untuk
memperluas empayar dengan gaya ketenteraan. Oleh sebab itu, pemerintahan pada
ketika itu adalah tidak aman. Maharaja Qin menindas sebarang penentangan
politik dengan kejam, termasuk peristiwa membakar karya klasik dan mengebumikan
cendekiawan.
Dinasti
Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan
oleh Dinasti Ming. Selain itu, sumbangan-sumbangan utama pada pemerintahan
Maharaja Qin termasuklah penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata
wang China. Perkara-perkara yang paling asas seperti panjangnya gandar kereta
kuda juga diseragamkan untuk memastikan sistem perdagangan yang berdaya di
seluruh empayar.
No comments:
Post a Comment