Friday, April 27, 2012

Runtuhnya Dinasti Qin

Pada tahun 209 sebelum Masihi, satu barisan yang terdiri daripada 900 orang petani yang dikawal oleh askar tentera kerajaan Dinasti Qin sedang menuju ke sempadan di bahagian utara, tujuan mereka adalah untuk mengawal sempadan di sana. Ketua barisan tersebut ialah Chen Sheng dan Wu Guang. Mereka ditimpa hujan lebat selama beberapa hari berturut-turut dan perjalanan mereka telah disekat di Mukim Daze Provinsi Anhui. Berdasarkan peraturan dan undang-undang pada masa itu, mereka yang lambat tiba di destinasi akan dijalankan hukuman mati. Kedua ketua barisan merasakan bahawa mereka bersalah dan tentu akan dibunuh jika terus menuju ke situ, tetapi jika melarikan diri juga berkemungkinan besar akan ditangkap dan dibunuh. Jadi, mereka pun mengambil keputusan untuk melakukan pemnerontakan. Mereka bermesyuarat dengan petani yang lain dan petani lain juga bersetuju untuk memberontak. Mereka membunuh askar dan pegawai tentera yang mengawal mereka dan menubuhkan tentera pemberontak petani pertama dalam sejarah masyarakat feudal China. Selepas itu, tentera pemberontak petani telah menduduki Mukim Daze dan banyak rakyat di kawasan berhampiran juga berminat menyertai tentera pemberontak. Dalam masa yang singkat sahaja, tentera pemberontak itu telah mempunyai seramai beberapa puluh ribu orang anggota. Chen Sheng juga mengistiharkan diri sendiri sebagai raja.

            Pemberontakan itu mendapat sokongan petani di seluruh negara China, jumlah bilangan anggota tentera pemberontak menambah dengan cepat. Kerajaan Dinasti Qin menghantar beberapa ratus ribu orang tentera untuk berperang dengan tentera pemberontak petani. Akibat kekurangan pengalaman dalam mengarahkan tentera dalam peperangan, Chen Sheng beberapa kali mengeluarkan arahan yang salah kepada tentera pemberontak pimpinannya sehingga tentera pemberontak petani dikalahkan teruk oleh tentera kerajaan Dinasti Qin. Chen Sheng dan Wu Guang dibunuh oleh pengikutnya. Pemberontakan petani yang dipimpin oleh mereka telah gagal.

            Selepas Chen Sheng dan Wu Guang mati, penyokongnya terus mempertahankan perjuangan. Mereka bergabung dengan tentera pemberontak pimpinan Xiang Yu dan Liu Bang dan meneruskan peperangan terhadap tentera kerajaan Dinasti Qin. Pada tahun 206 sebelum Masihi, pemerintahan Dinasti Qin telah ditumpaskan oleh tentera pemberontak petani. 

No comments:

Post a Comment