Friday, April 27, 2012

Penyatuan daratan Cina



·         230 SM: Penaklukan kerajaan Han
·         228 SM: Menyerang kerajaan Zhao
·         227 SM: Menyerang kerajaan Yan
·         225 SM: Penaklukan kerajaan Wei
·         224 SM: Penaklukan kerajaan Chu
·         222 SM: Penaklukan kerajaan Zhao dan Yan
·         221 SM: Penaklukan kerajaan Qi, mempersatukan Cina

 

Memusatkan kekuasaan

Ying Zheng setelah mempersatukan Cina kemudian mencipta gelaran Huangdi yang merupakan gabungan dari Huang (皇) dan Di (帝). Ia merasa ia lebih berjasa daripada Tiga Penguasa (三皇) dan Lima Maharaja (五帝) dari China kuno. Huangdi sendiri secara harfiah bererti penguasa dan maharaja tidak boleh ditandingi. Ia kemudian digelar sebagai Shi Huangdi, yang bermakna Maharaja Pertama.
Ia kemudian menetapkan beberapa polisi pemerintahan yang memusatkan kuasa lebih lanjut di tangan maharaja. Maharaja mempunyai kuasa mutlak, para menteri mempunyai hak untuk memberikan pandangan dan nasihat dalam penetapan polisi pemerintahan namun tidak punya hak untuk memutuskan polisi. Pemerintahan pusat dijalankan oleh 3 menteri utama dan 9 menteri biasa. Menteri utama terdiri dari perdana menteri dan 2 wakil perdana menteri. Perdana menteri menjalankan pemerintahan, sedangkan 2 wakil perdana menteri masing-masing bertugas sebagai pelaksana tentera dan pemeriksa (kawalan pemerintahan).

Kronologi Sejarah Dinasti Qin



Penghujung Dinasti Zhou
Dinasti Qin bermula dari kerajaan Qin yang dikuasai bangsawan bermarga Ying pada masa Dinasti Zhou. Leluhur marga Ying, Bo Yi diceritakan pernah berjasa membantu Yu untuk meredakan banjir. Untuk itu, Maharaja Shun kemudian menganugerahkan marga Ying kepada Bo Yi.
Salah satu keturunan Bo Yi kemudian mengabdi kepada Raja Xiao dari Dinasti Zhou. Berjasa untuk memelihara kuda kerajaan, Raja Xiao lalu memberikan kawasan di Lembah Qin (sekarang di sekitar Tianshui, Gansu) untuk keturunan Bo Yi tadi. Dari sinilah kerajaan Qin bermula.
Tahun 770 SM, Xiang dari Qin berjasa di dalam mengawal Raja Ping dari Dinasti Zhou dan mendapat gelar bangsawan. Kerajaan Qin terbentuk dan kemudian menguasai wilayah Dinasti Zhou di sekitar Shaanxi. Masa ini disebut sebagai Zaman Negara-negara Berperang kerana puluhan negara besar-kecil saling bermusuhan dan kerap berperang untuk merebut wilayah dan pengaruh kekuasaan. Tahun 221 SM, Raja Yingzheng (yang kemudian dikenali sebagai Qin Shǐ Huang atau Qin Shihuang) dari Qin melakukan pencerobohan tentera terhadap kerajaan lain di Dinasti Zhou dan menyatukan China di bawah satu pemerintahan terpusat.




Tempoh
221 SM – 206 SM
Ibu kota
Xianyang
Bahasa
Han Kuno
Agama
Legalisme
Pemerintahan
Monarki
Kaisar :
221 SM – 210 SM
210 SM – 207 SM

Shi Huangdi
Qin Er Shi

Menteri:
221 SM – 203 SM

Li Si

Sejarah:
Penyatuan daratan China
Mangkatnya Qin Shi Huang
Ditaklukan Liu Bang


221 SM
210 SM
206 SM
Populasi
Perkiraan 210 SM

Lebih kurang 40.000.000

Mata wang
Koin tembaga

Latar belakang Dinasti Qin


Dinasti Qin
Dinasti Qin menunjukkan pemulaan empayar China. Tempoh dari Dinasti Qin sehingga keakhiran Dinasti Qing adalah dikenali sabagai empayar China. Walaupun pemerintahan Maharaja Qin hanya dua belas tahun, namun baginda dapat menaklukan banyak kawasan yang kemudian menjadi teras tanah air bangsa Han dan menyatukan penduduk-penduduk di kawasan tersebut di bawah sebuah kerajaan ultrakeundangan terpusat yang ketat yang berpusat di Xianyang. Doktrin ultrakeundangan memandu pemerintahan Qin menegaskan pematuhan yang tegas kepada sebuah kod undang-undang serta kuasa mutlak maharaja. Falsafah ini amat berkesan untuk memperluas empayar dengan gaya ketenteraan. Oleh sebab itu, pemerintahan pada ketika itu adalah tidak aman. Maharaja Qin menindas sebarang penentangan politik dengan kejam, termasuk peristiwa membakar karya klasik dan mengebumikan cendekiawan.
Dinasti Qin amat dikenali untuk memulakan Tembok Besar China yang kemudian dilanjutkan oleh Dinasti Ming. Selain itu, sumbangan-sumbangan utama pada pemerintahan Maharaja Qin termasuklah penyatuan kod undang-undang, bahasa tulisan dan mata wang China. Perkara-perkara yang paling asas seperti panjangnya gandar kereta kuda juga diseragamkan untuk memastikan sistem perdagangan yang berdaya di seluruh empayar.

Sejarah China


Menurut catatan rekod sejarah tradisional, sejarah China wujud sejak zaman Tiga Tokoh Mulia dan Lima Maharaja pada sekitar 5000 tahun yang lalu. Kewujudannya disokong oleh rekod-rekod arkeologi yang wujud sejak abad ke-16 SM. China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Mengikut pentarikhan karbon, kulit kura-kura dengan tanda-tanda yang membangkitkan kenangan tulisan cina kuno daripada Dinasti Shang yang wujud pada sekitar 1500 SM. Peradaban Cina pula berasal daripada Negara-negara kota di lembah Sungai Kuning. Pada tahun 221 SM, China disatukan di bawah sebuah kemaharajaan besar atau dikenali sebagai empayar. Dinasti-dinasti yang berturut-turut dalam sejarah China telag mengembangkan berbagai-bagai sistem birokrasi yang membolehkan meharaja China menguasai wilayah yang besar.

Asas tamadun Cina terdiri daripada pengenaan sistem tulisan yang sama oleh maharaja Dinasti Qin pada abad ke-3 SM. Perkembangan ideologi Negara yang berdasarkan Konfusianisme mula pada tahun ke-2 SM. Dengan adanya penaklukan China oleh orang-orang asing, China mengalami perpaduan dan perpecahan yang berselang-seli dalam zaman perkembangan. Sebilangan penakluk diasimilasi dalam ke dalam kaum Cina. Pengaruh-pengaruh kebudayaan dan politik dari Asia membawa gelombang-gelombang penghijrahan, peluasan, dan asimilasi yang berturut-turut untuk mencipta kebudayaan Cina.